Tuesday, October 12, 2010

hakikat itu....

saya selalu pesan kat kawan2, jgn blog walking kalau hati tak kuat. sebenarnya, pesan saya untuk diri saya juga. saya takkan blog walking bila hati tak kuat dan iman tak kukuh lantas cepat musnahkan oleh nafsu yang rakus dan akal logik cetek.
kalau tak,
saya mungkin jadi moody, tak bersyukur, tak puas hati, sedih, marah, ragu2, at last, saya juga rugi sebab 1 kerja ape pun tak jalan.
tapi tadi, sekali lagi jangkaan saya meleset. mahu tidur awl sebab tekak tiba2 sakit dan suhu badan terasa meningkat. tp pergi juga jelajah kesana kemari. konon cari bahan bacaan,....
tiba2 saya jumpa blog yang menceritakan perihal ayah penulis. biasa, saya tak lah terlalu sensitif hal ini. kadang2 saya lupa pun ttg hakikat 'itu'.
hakikat yang membuatkan kebergantungan saya pada kaum adam tiba2 kritikal. hal yang mengubah seluruh pandangan dan diskripsi saya tentang hidup dan hukum alam dan paling penting, hakikat yang menggoyahkan saya tentang keselamatan kaum hawa masa kini.....

dulu,
saya rasakan, kaum adam tidak lah begitu penting. hanya sekadar pelengkap si hawa. sekadar mengakui janji Allah bahawa stp makhluknya berpasangan. saya rasakan hidup saya cukup selamat. tidur saya lena. tanpa fikir hal duniawi, ukhrawi mahupun metafizik. saya yakin adanya Hero tunggal dalam habitat tunggal saya sudah cukup bagus. lebih hebat dari superman atau mana2 superhero yang sememangnya tidak pintar memakai cawat.
saya asyik dengan perkara2 lain, saya lupa bersyukur tentang nikmat yang Allah utuskan utk saya meskipun saya tidak memilihnya dan dia juga tidak mungkin memilih saya sbg perkara yang sebahagian darinya kerana terkesan DNA dia pada setiap sel saya.

sejurus dia pergi,
apa yang penting hanyalah keselamatannya yang menemui Maha Pencipta. saya bimbang.... apakah saya akan bertemu lagi dengannya?

tapi setelah die pergi untuk beberapa waktu,
saya sedar, saya perlukan dia. lebih dari apa yang saya tahu tentang apa perlunya dia dalam hidup saya dulu. saya tak boleh tidur lena, malam atau siang, perlu sentiasa siap siaga.... tanpa dia, umpama rumah tiada pagar, kedai tanpa pintu atau mgkin lampu tidak bersuis. perlu ON saja. saya merasakan janji Allah itu bukan sekadar janji. tapi lebih dari itu. yang menuntut manusia menghargai setiap entiti hidup ni muka bumi ini. Janji yang terkota secara fitrah tanpa sedar. Dia Maha Kuasa dan Bijaksana, kita hanya hamba iaitu makhluk ciptaannya. sudah pasti cacat dan cela kita itu dalam ilmunya. maha penciptaan makhluk secara berpasangan itu perlu.malah penting...amat penting.saya kagum denganNya. lantas saya bersyukur kerana akal logik yang berhenti bfungsi saat hakikat itu diketahui dan menggonjang seluruh nadi saya, masih berfungsi. malah berfungsi dengan lebih baik kadang kala.

apakan daya,
saat saya mengakui bahawa janji Allah tersebut yang bertepatan dengan fitrah hakikat hamba yang lemah ini, saya telah pun kehilangan nikmat itu. Satu2nya nikmat tiada ganti diantara nikmat2 lain yang tidak terhitung bilangannya. Saya perlu dan harus redha. kerana walaupun hanya 20thun, saya sempat menikmati nikmat itu wlupun ketika sepanjang tempoh tersebut, saya menafikan ia sebagai nikmat, hanya kurnia biasa dari Yang Maha Kuasa.Dialah pemberi nikmat yang tidak putus2.Masih banyak nikmat Dia yang tersisa pada diri ini. Setiap nikmat itu sangat unik, mempunyai nilai yang tersendiri. tapi manusia yang alpa ini, hanya mengetahui nilainya di saat nikmat itu ditarik dan tidak berganti. :'(

No comments: